Menurut Nurul Hidayah, profesor berkenaan mungkin marah kerana pelajar masih tidak mempunyai laptop meskipun sudah berada di semester kelima.
Katanya, walaupun susah, sebagai seorang pelajar dia perlu bertanggungjawab dan meletakkan perkara sepatutnya sebagai keutamaan.
Saya ni ada jugak pensyarah yang saya tak suka tapi takda la sampai nak aibkan pensyarah. Dah dia pensyarah dia marah la student yang dia rasakan tak ambik serius dan ambik mudah dalam hal pembelajaran.
Tambah beliau lagi, pelajar itu sepatutnya menjadikan rasa sedih dan kecewa sebagai pembakar semangat bukannya mengaibkan pensyarah sendiri.
Beliau secara peribadi berpendapat pensyarah berkenaan tidak menghina golongan B40, apa yang diperkatakan adalah kerana terlalu kecewa.
Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop. Ramai jer yang boleh bantu belikan laptop – NGO, wakil2 kerajaan, ADUN, wakil rakyat.
Ujarnya, ramai golongan B40 yang berjaya dengan usaha dan kesungguhan yang mendalam.