Sebentar tadi kami ada melaporkan yang tersebar satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) di media sosial yang didakwa menunjukkan suspek simbah asid ke arah pemain bola sepak negara, Faisal Halim tapi ramai yang was-was dengan kesahihan video itu.
BACA: Rakaman CCTV Suspek Simbah Asid Ke Arah Lelaki Seakan Faisal Halim Tersebar
Terbaru! Menurut laporan mStar, seorang wanita yang juga merupakan pemilik kereta sebelah sahkan rakaman kejadian melibatkan Faisal Halim itu adalah tulen.
Ya, rakaman CCTV ni memang sahih. Sebab kereta saya ada dalam rakaman CCTV itu.
Wanita itu juga mendakwa yang Faisal Halim tidak menaiki kereta jenis Toyota Vellfire seperti kronologi yang dilaporkan sebelum ini. Pulak dah!
Tak.. Faisal Halim tak naik Vellfire pun masa tu.
Walau bagaimanapun, wanita itu tidak mahu melebihi kenyataan polis untuk memberikan maklumat lanjut kepada umum.
Pelik juga! Kenapa kronologi sebelum ini lain, tapi kenyataannya lain?
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.