Trending

Pemandu Dipercayai Mabuk Rempuh Semua Staf Restoran, Seorang Maut Yang Lain Cedera Parah

Published on

Nampaknya masih ada lagi individu yang pentingkan diri sehingga mengakibatkan kemalangan macam ni. Kami rasa geram sangat bila baca berita kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk.

BACA: Pakar Kecantikan Memandu Ketika Mabuk Rempuh Sekatan Polis

Kejadian kali ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Siti Aisyah Mahmood apabila kesemua staf di restorannya telah dilanggar pemandu kereta yang dipercayai dalam keadaan mabuk. Berita ini lebih menyedihkan apabila ada yang dilaporkan meninggal dunia.

Pemandu mabuk hanya mengalami kecederaan ringan

Individu yang meninggal dunia adalah bapa kepada salah seorang stafnya dan dipercayai maut ditempat kejadian. Mangsa lain pula mengalami cedera parah dan mereka dikejarkan ke hospital.

Apa yang membuatkan pemilik restoran ini berasa ralat dan geram apabila pemandu kereta yang menjadi punca hanya mengalami cedera ringan.

Pemandu mabuk turut melanggar kenderaan lain

Memang mabuk teruk nampaknya, kalau terlepas dari hukuman juga tak tahu nak kata apa. Ini apabila pemandu mabuk berkenaan turut melanggar kereta staf restoran berkenaan sehingga mengalami kerosakan dan ada juga yang total lost.

Semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan kes ini sebaiknya dan tidak melepaskan pemandu mabuk yang menjadi punca semua ini berlaku. Salam takziah buat keluarga yang kehilangan bapa tersayang dan semoga semua tabah dengan ujian ini.

Kredit: Facebook Siti Aisyah Mahmood

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Exit mobile version