Trending

Pelajar Jatuh Dari Tingkat 3 Di Hari Pertama Persekolahan

Published on

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan, untuk calon-calon yang mengambil peperiksaan awam. 

Namun, hari pertama sesi persekolahan di SMK Petra Jaya dikatakan bertukar tragedi apabila salah seorang pelajarnya telah jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah itu.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 6.30 pagi, ketika mangsa berada berdekatan dengan bilik darjahnya.

Mangsa yang berusia 17 tahun dari Kampung Tupong Batu itu kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans dan keadaannya juga dilaporkan stabil. Petugas forensik PDRM juga dilaporkan masih lagi melakukan siasatan di lokasi itu.

Kredit: Astro Awani

Comments

Exit mobile version