Walaupun sudah lebih 8 bulan, pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin masih dirasai sehingga kini. Lebih-lebih lagi apabila arwah meninggalkan anak-anak yang sedang membesar.
BACA: Teringin Sangat Nak Jumpa, Raisuddin Akhirnya Bertemu ‘Kembar’ Siti Sarah Di Majlis Hari Jadi
Seperti yang dikongsi ibu tiri Allahyarham, Siti Fatimah Suberi di TikTok ini, anak perempuan pasangan Shuib dan Sarah, Dzahira Talita Zahr menangis sebaik pulang dari sekolah mengadu telah diejek seorang rakan.
Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta berkata, rakannya itu menyindir ‘padan muka ibu dia dah meninggal’ menyebabkan Dekta berasa sedih.
Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der memeluk erat Dekta cuba memujuk dengan menepuk bahagian belakangnya.
Di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa simpati dengan Dekta yang terpaksa melalui hari-hari menyedihkan di sekolah.
Tambahan pula Dekta seorang perempuan mestilah dia lebih sensitif dibandingkan dengan adik beradik yang lain.
Kredit: TikTok Suci Uwais
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.