Pihak berkuasa wilayah dan tempatan Indonesia digesa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mengeksploitasi orang tua semata-mata demi meraih hadiah berbentuk ‘gifts’ di media sosial.
Memetik laporan Harian Metro, Menteri Hal Ehwal Sosial Tri Rismaharini mengeluarkan pekeliling meminta aktiviti mengemis sama ada dalam talian dan luar talian dilaporkan kepada polis.
Rendam orang tua dalam air kolah
Ini berikutan kejadian individu membuat siaran langsung memaparkan warga emas duduk dalam kolah sambil meminta orang ramai menyumbangkan ‘gifts’. Setiap kali dapat ‘gifts’, orang tua itu akan disiram air hingga basah kuyup.
Bersimpati dengan nasib orang tua, seorang lelaki tampil tawar pekerjaan kepada individu itu tetapi tawaran ditolak mentah-mentah.
Minta duit buat modal niaga
Dia sebaliknya minta duit berjumlah Rp 200 juta (RM56,739.68) dimasukkan ke dalam akaun bank untuk buat modal berniaga.
Individu ini berkata jumlah itu tentu tak ada masalah kerana usahawan itu dilihat kaya dan sering keluar melancong.
Aik macam tu pun ada?
Kredit: Harian Metro, mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.