Trending

Ole Gunnar Solskjaer Akan Terima RM42.8 Juta Jika Dipecat?

Published on

Nampaknya #oleout semakin banyak digunakan penyokong Manchester United selepas pasukan yang dikendalikan Ole Gunnar Solskjaer semakin hilang arah tuju. Nasib buruk itu ditambah lagi apabila Manchester dibelasah 0-5 di gelanggang sendiri dengan musuh tradisi Liverpool.

Bagaimanapun, hasrat penyokong yang mengharapkan agar pihak pengurusan Manchester United menukar pengurus United bukanlah mudah.

Ini apabila, United perlu membayar sebanyak £7.5 juta (RM42.8 juta) jika mahu memecat Ole Gunnar.

Ahli lembaga pengarah di Old Trafford difahamkan akan memberikan gaji selama setahun sebagai pakej pemberhentian oleh kelab. Ini bermakna jumlah RM42.8 juta itu adalah gaji Ole selama setahun yang akan dibayar sekaligus.

Bagaimanapun, penukaran pengurus United ini masih belum dimuktamatkan dan Ole dilihat masih akan mengendali United untuk berhadapan dengan Tottenham minggu ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version