Trending

Nurul Shuhada Nasihat Para Isteri Untuk Letak 10% Perasaan Ragu-Ragu Ke Atas Suami

Published on

Isteri kena ada perasaan ragu-ragu dengan suami? Itulah apa yang dicadangkan oleh Nurul Shuhada, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi kepada kaum wanita di luar sana.

Perkara itu dikongsikan Shuhada dalam satu temubual sebuah portal hiburan yang merungkai kisah serta pengalaman rumah tangga yang dia lalui.

Shu mengalami episod mencabar itu ketika sedang hamil dan bekas suami tahu mengenai hal terbabit kerana ketika itu usia kandungannya sudah mencecah tiga bulan lebih.

Shu kemudian tidak menyangka suaminya membuat laporan polis dengan menuduh dirinya sengaja menggugurkan kandungan.

Susulan itu, dia sempat meninggalkan nasihat buat kaum wanita bahawa jangan jadi seperti dirinya yang terlalu percayakan pasangan hingga dipergunakan.

Memang saya trauma, kalau ada lelaki nak mendekati saya atau menjaga saya dan anak-anak, orang itu mesti kena kuat. Sebab akan timbul ‘trust issues’ yang teramat sangat.

Untuk pengetahuan korang, Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada sah bercerai talak satu pada tanggal 27 Julai yang lalu.

Kredit: Portal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version