Memiliki kereta idaman sudah tentu menjadi impian setiap individu. Tidak kiralah sama ada kereta import atau tempatan, kereta pertama adalah buah hati bagi seseorang.
BACA: (Video) Netizen Puji Dua Pemandu Wanita Siap Selfie Selesai Isu Kemalangan Cara Baik
Seperti kisah yang viral di TikTok ini, seorang lelaki berkongsi kisah sedih yang menimpa adiknya apabila kereta kesayangan hanya bertahan seminggu sebelum ‘total lost’ akibat terlibat kemalangan jalan raya.
Menerusi video viral tersebut, kereta difahamkan diterima sebelum hari raya Aidilfitri dan adiknya sempat bagi ibu dan ayah merasa naik kereta baru.
Difahamkan kereta itu dibeli dengan hasil titik peluh adiknya sendiri dan hasil menabung duit gaji.
Nasiblah tuan punya kereta selamat tanpa sebarang kecederaan teruk meskipun kereta ‘total lost’. Mungkin Allah SWT nak beri rezeki lebih lagi lepas ni kan?
Di ruangan komen, ada netizen berkongsi pengalaman serupa apabila terlibat kemalangan dengan kereta baru. Menurut mereka, di dalam kehidupan kita tidak lari daripada diuji lebih-lebih lagi melibatkan harta benda yang paling disayangi.
Kredit: TikTok @eyemonth.takisa
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.