Baru-baru ini tular satu video memaparkan beberapa orang pemuda yang memberikan hadiah tidak senonoh sewaktu menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka.
Tindakan pemuda-pemuda itu telah menyebabkan mereka dikecam teruk oleh netizen yang berang dengan tindakan yang dianggap mencemar serta mengaibkan majlis perkahwinan.
Beri barang keperluan sebagai hadiah kahwin
Namun, berbeza pula dengan seorang pengguna bernama nzrnahmd_ di TikTok yang memuat naik video ketika menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat bersama rakan-rakan yang lain.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat nzrnahmd bersama rakan-rakannya yang lain sedang beratur menunggu giliran untuk memberi hadiah perkahwinan kepada sahabat mereka yang sedang duduk di atas pelamin.
Apa yang mencuit hati ialah, mereka memberikan keperluan harian seperti bantal, bawang merah, gula, garam dan minyak masak sebagai hadiah perkahwinan kepada rakan mereka itu.
Ni baru betul hadiah kahwin
Video yang tular itu mendapat respon yang positif dari warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan sekumpulan pemuda tersebut yang memberikan barangan keperluan harian sebagai hadiah kepada pengantin.
Kalau bagi hadiah macam ni kan bagus, boleh juga pengantin gunakan untuk kegunaan harian.