Namun, gelagat Rina yang pertama kali melawat kampungnya itu membuatkan netizen berasa terhibur. Aipp kenapa pula tu?
Masih hidup nak
Pasangan itu membawa Rina melawat tempat simpan abu milik mendiang datuk Maryam. Dalam video tersebut, Rina menyangkakan bahawa gambar yang berada di hadapan bekas simpan abu itu sebagai bapanya.
Appa hidup lagi sayang – Ryzal
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat anak pasangan Malaysia-Korea itu.
Sebagai info, Ryzal dan Maryam telah membina rumah tangga sejak 2019 dan dikurniakan cahaya mata pada Oktober 2021.