Selasa yang lalu, Ustaz Kazim Elias hadir ke rancangan temubual MeleTop bagi menjelaskan isu sebenar mengenai keadaan penyakit kulitnya yang mula tular beberapa hari sebelum ini.
Kehadiran Ustaz Kazim ke program MeleTop itu mendapat perhatian dua pengacara rancangan itu iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein yang turut menzahirkan rasa simpati mereka terhadap penceramah bebas itu.
Namun, apa yang menjadi bualan dalam kalangan netizen ialah tindakah yang dibuat pengacara, Elly Mazlein yang lebih mesra disapa Kak Lina ketika segmen bersama Ustaz Kazim.
Melalui video TikTok yang tular itu, Kak Lina bertindak menutup bahagian dadanya ketika menemubual Ustaz Kazim Elias.
Tindakan Kak Lina itu mendapat pujian dalam kalangan netizen kerana tindakannya itu adalah untuk menghormati kehadiran Ustaz Kazim yang merupakan seorang penceramah bebas.
TIndakan Kak Lina itu wajar dipuji kerana ia menunjukkan betapa hormatnya dia ketika kehadiran Ustaz Kazim. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar Kak Lina akan menutup aurat satu hari nanti.