Di Facebook, Pemuda Amanah Nasional menerima pelbagai reaksi netizen selepas memuat naik hantaran memohon sumbangan untuk membeli waterjet berharga RM1,000 seunit sebanyak 65 unit.
Orang ramai mula mempertikaikan harga yang menurut mereka terlalu mahal jika dibandingkan dengan waterjet biasa. Netizen mendakwa barang tersebut boleh didapati dengan harga sekitar RM300-RM500 sahaja.
Tak kurang juga yang menjelaskan, waterjet ‘heavy duty’ diperlukan untuk kerja-kerja pembersihan yang sudah tentu memakan masa berjam-jam.
Menurut mereka, harganya memang lebih mahal mencecah RM1,000.