Trending

Netizen Dakwa Sebenarnya Opai Bukan Pedagang Saham?

Published on

Sejak berkahwin dengan Fatin Afeefa, Opai atau nama sebenarnya Aliff Awang hangat dibualkan sehingga ada netizen melabelkan dia sebagai ‘red flag’.

Terbaru! Tular satu Tweet dimuat naik seorang individu yang mengatakan Opai hanyalah sekadar broker biasa dan bukannya pedagang saham. Pulak dah!

Individu itu turut mengatakan yang Opai menjana pendapatan dengan memberi isyarat saham kepada pengikutnya untuk menyeleweng.

Dalam pada masa yang sama, suami kepada pelakon Fatin Afeefa itu turut didakwa telah menipu pengikutnya dan individu yang mendedahkan itu berharap agar kebenaran bakal terbukti serta dapat keadilan.

Biarpun mendakwa Opai sebagai seorang penipu, ada juga netizen yang mempertahankannya dengan berkata dia merupakan seorang broker berdaftar.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perkara yang dikatakan ini benar ataupun tidak.

Kredit: Twitter @Vaikosa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version