Sejak minggu lalu kecoh diperkatakan mengenai kedatangan seorang individu dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi yang dikatakan mengaku keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW.
Kehadiran individu dari Maghribi itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menyambut baik kedatangannya dan ada juga yang meragui latar belakang individu terbabit.
Baru-baru ini, tular pula satu video memaparkan Maula Muhammad Amin Al-Idrisi berada dalam satu majlis yang turut dihadiri ramai orang.
PU Syed tegur video parodi kopek udang
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan seorang individu mengupas kulit udang khas buat Mawla agar mudah dimakan.
Video tular itu membuatkan ada pengguna media sosial membuat video parodi sehingga mendapat teguran daripada pendakwah terkenal, PU Syed.
PU Syed dalam satu hantaran di Instagram bertanya apakah kebaikan video itu dirakam. Adakah tujuannya untuk menghina orang atau nak menghina diri sendiri.
Dilihat kepada kapsyen di video asal, individu itu berkata aksinya itu adalah point of view tengah praktis nak control ayu sebab nak mengaku keturunan Abu Lahab ke-39 supaya kalau makan udang nanti orang dah siap kopek.