Trending

“Nak Buat Kenduri Kahwin? Pergi Mamp*s” – Abang Berang, Keluarga Suspek Bunuh Minta Padam Gambar

Published on

Abang kepada mangsa bunuh suami sendiri di sebuah bilik hotel di Batu Gajah meluahkan rasa kesal dengan keluarga suspek yang didakwa tidak mengendahkan adiknya semasa hidup.

BACA: “Sampai Hati, Sanggup Kamu” – Ibu Mentua Luah Rasa Kesal, Suspek Tik*m Isteri Mohon Maaf

Pengguna TikTok @iamsyiran mendakwa arwah pernah meminta pertolongan ahli keluarga suspek ketika dia diugut dan diancam sejak setahun yang lepas, tetapi tiada siapa yang tampil membantu.

Kini, apabila suspek sudah ditangkap akibat membunuh, keluarga suspek dikatakan memohon gambar suspek dipadam kerana menanggung malu.

Luah abang mangsa, keluarga pembunuh bersungguh-sungguh menghubungi mereka agar memadam wajah pembunuh di laman media sosial kerana mahu mengadakan majlis perkahwinan.

Kredit: TikTok @iamsyiran

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version