Trending

Nafi Menipu, Influencer Vietnam Dedah Bukti Mesej

Published on

Baru-baru ini, seorang influencer terkenal kacukan Jerman-Vietnam, Jade Anh, membuka kisah mengenai penerbangannya ke Malaysia untuk penggambaran muzik video. Namun, kemunculannya di dalam video tersebut terpaksa disunting di atas dakwaan isteri penyanyi utama berasa cemburu.

BACA: Influencer Vietnam Dedah Dipotong Dari MV Band Malaysia Kerana Isteri Vokalis Cemburu

Berikutan dakwaan tersebut, penyanyi, Akim Ahmad telah tampil memberi penjelasan memandangkan namanya dan isteri, Stacy, telah dipetik oleh netizen.

BACA: Isteri Didakwa Cemburu, Akim Ahmad Perjelas Sebab Ubah Konsep MV ‘Rampas’

Tidak hanya mendiamkan diri, Jade Anh menerusi Twitter memuat naik keratan mesej yang dikatakan daripada person in charge kepada muzik video tersebut. Katanya lagi, punca cemburu tidak ditulis di dalam mesej memandangkan mereka bercakap menerusi telefon.

Menurutnya, tweet yang ditulis sebelum ini bertujuan untuk menceritakan pengalamannya yang lalu. Namun, seseorang telah menjadikannya besar dan cuba menuduh dia sebagai penipu. Dia langsung tiada niat untuk memperbesarkan hal yang lepas, oleh itu dia meminta maaf.

Kredit: Jadey Anh

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version