Pisyang mat kalau jadi macam ni. Tak tahu macam mana Ohmedia nak kata perasaan Nabil Ahmad dengan keluarga sekarang ni sebab terlepas tonton konsert Billie Eilish.
Melihat perkongsian Era.je di TikTok, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad dilihat terkejut dan terduduk lepas dapat tahu konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 hanya berlangsung selama 1 hari (18 Ogos 2022) dan bukannya berlangsung selama 2 hari seperti yang dia jangkakan.
Nabil juga memaklumkan telah membeli 5 tiket untuk dirinya, isteri dan anak-anak yang berharga RM509 setiap satu tiket.
Buat hal @nabilzira. Dia boleh pula terlupa tarikh konsert Billie Eilish. Dia ingat konsert tu ada 2 hari. – Tulis Era.
Nabil yang terduduk terus telefon isterinya Zira dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa selain pasrah.
Kredit: Tiktok Era.je
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.