Di TikTok, viral beberapa foto menunjukkan seorang pelajar lelaki memakai kemeja paras lutut ke sekolah.
BACA: Guru Gigih Bawa Perahu Nak Mengajar Anak Muridnya
Perkongsian itu dibuat oleh seorang guru dikenali sebagai Farrah Norashikin. Ketika itu, dia bertugas meronda di sekitar sekolah.
Tidak sanggup melihat keadaan itu, Cikgu Farah segera membantu murid yang dikenali sebagai Jebat merapikan kemejanya.
Menurut Cikgu Farrah lagi, ibu kanak-kanak ini telah meninggal dunia November tahun lalu kerana jangkitan virus Covid-19.
Difahamkan, murid itu kini tinggal bersama kakak, abang dan nenek berikutan bapanya bekerja sebagai pemandu lori.
Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen prihatin menawarkan bantuan peralatan sekolah kepadanya. Mereka memohon alamat rumah untuk menghantar bantuan.
Sebak pula tengok respon rakyat Malaysia yang prihatin. Memang sedih bila tiada ibu, umpama hilang tempat mengadu kasih.
Kredit: TikTok cikgu_farrah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.