“Rahang mama patah tapi Alhamdulillah jenazah sempurna”, itulah apa yang dikongsikan anak sulung kepada Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter ATM semalam.
Nur Qistina Awliyah Mohd Azinor yang baru berusia 16 tahun itu turut berkongsi saat terakhir berjumpa dengan ibunya pada pagi sebelum pergi ke sekolah yang terletak di kuaters Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Noor Rahiza semangat ambil gambar hari raya untuk buat kenangan terakhir…
Sejak akhir-akhir ini mama memang sibuk, kadang-kadang balik sampai malam, mama cuma pesan belajar rajin-rajin.
Masa hari raya lepas, dialah yang paling teruja untuk tangkap gambar. Sampai ayah pun pelik.
Lepas tu, mama cakap tak mengapalah mungkin ini akan jadi kenangan terakhir boleh simpan buat kenangan.