Pemuda yang berasal daripada Sabah itu mula viral di TikTok selepas dia dikatakan mempunyai paras rupa yang hampir sama dengan pelakon, Aedy Ashraf dan perkara ini turut diakui peminat.
Semalam, Aedy Ashraf menggunakan peluang yang ada untuk beramah mesra dan berbual bersama pemuda yang dikenali sebagai lalan itu menerusi ‘live’ di Instagram.
‘Live’ Instagram tersebut turut dikongsi pemuda berkenaan menerusi akaunnya, @_lalan21.
Perkongsian tersebut berjaya menarik perhatian netizen selepas Aedy Ashraf bertindak mengenakan topi bagi memastikan mereka kelihatan benar-benar sama.
Rata-rata netizen geli hati melihat perkongsian tersebut dan memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.