Siapa tak kenal dengan pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan yang pasti akan membuatkan hati wanita cair melihat ketampanannya ketika melakonkan watak menerusi filem-filemnya.
Baru-baru ini, pelakon yang turut mendapat gelaran Datuk itu mendapat respon yang negatif selepas memuatnaik satu gambar patung di atas meja sambil dikelilingi makanan menerusi laman Instagramnya.
Gambar patung dikongsi Shah Rukh Khan itu merupakan patung Ganesha yang merupakan dewa bagi penganut Hindu.
Difahamkan, Shah Rukh Khan menyambut perayaan Ganesha pada 31 Ogos yang lalu bersama isterinya, Gauri Khan yang beragama Hindu.
Shah Rukh Khan teruk dikecam
Tindakan Shah Rukh Khan yang beragama Islam itu telah mengejutkan rata-rata peminatnya yang tidak menyangka pelakon itu sanggup mengabaikan sensitiviti agama.