Baru-baru ini tular di TikTok tentang momen satu keluarga yang menyambut kepulangan ibu tersayang dari Mekah sendirian tanpa ayahnya di sisi. Difahamkan bapanya telah meninggal ketika menunaikan ibadah haji.
Katanya, ibunya masih berada dalam keadaan sihat dan kuat selepas balik ke Malaysia.
Wanie berkata dia dan adik beradik berjanji akan menjaga ibunya sehabis baik dan meminta doa supaya urusannya sentiasa dipermudahkan.
Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui sebak selepas melihat video yang dikongsi dan mendoakan supaya arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
Allahu, besarnya ujian mereka sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan ahli syurga dan ahli keluarga terus kuat hadapi ujian ni.