Trending

Memandu Melulu, Lelaki Penyebab Wanita Maut Dituduh Membunuh

Published on

Seorang pengusaha pasar raya mini dihadapkan ke mahkamah Majistret Muar hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan seorang wanita maut manakala anaknya cedera parah dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Temenggong Ahmad, Jalan Pintasan Bandar Muar, Ahad lalu.

Memetik laporan Kosmo, tertuduh yang bernama Gui Chui berusia 69 tahun yang cedera hanya mengangguk paham selepas berdepan dengan seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Zuraidah Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, Gui yang menetap di Taman Parit Bakar didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Norain Abu Samah, 41, di lampu isyarat Bypass Temenggong Ahmad Jalan Pintasan Bandar Muar pada 25 April, pada pukul 7.45 pagi.

Berdasarkan pertuduhan itu, suspek boleh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan dan prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili peguam, R.K. Balakrishnan.

Tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan mahkamah telah menetapkan tarikh sebutan kes pada 25 mei untuk serahan laporan bedah siasat mangsa dan laporan kimia serta laporan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version