Siapa tak kenal dengan usahawan kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang sering menimbulkan pelbagai isu hangat.
Terbaru, netizen menegur tindakan usahawan ini memuat naik video anaknya menyanyi. Apa yang menjadi perhatian adalah pakaian anak Kak KM yang dikatakan terlalu menonjol di bahagian ‘aset’.
Kelihatan anak sulung Kak KM iaitu Nabila memakai gaun putih tanpa lengan dengan bahagian dadanya sedikit terdedah.
Netizen komen pakaian anak
Di ruangan komen, rata-rata daripada netizen terkejut melihat imej itu dan sedikit sebanyak nama ibunya, Kak KM turut terpalit.
Mereka menganggap di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi berikutan Kak KM memang dikenali dengan imej seksi.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.