Trending

“Lesu Nampak Muka Cikman” – Netizen Syukur PU Azman Kembali Di Media Sosial Setelah Lama Menyepi

Published on

Lama mendiamkan diri, penceramah bebas PU Azman dilihat kembali membuat hantaran di media sosialnya sebentar tadi.

Perkara itu telah membuatkan para pengikutnya berasa lega dan bersyukur. Mereka turut bertanyakan khabar dan berharap PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah bin Alias berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dalam masa setengah jam dimuat naik, hantaran PU Azman itu dihujani komen para pengikut yang menanti-nantikan kemunculannya di media sosial.

Tak kurang juga yang meminta penjelasan lanjut daripada Cik Man apabila namanya dikaitkan dengan satu dakwaan baru-baru ini.

Apa-apa pun semoga baik-baik sahaja buat Cik Man. Kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan.

Kredit: Instagram PU Azman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version