Di TikTok, viral luahan kecewa seorang wanita apabila mendapat tahu kereta kesayangan yang ditinggalkan di sebuah bengkel kereta berada dalam keadaan ‘togel’.
BACA: Belasan Kereta Mewah Dibeli Penduduk Rosak, Rupanya Tak Pandai Memandu
Dalam perkongsian itu, Ain Jeman memaklumkan dia nekad menerjah ke bengkel untuk melihat sendiri kereta selepas diberi seribu satu alasan apabila ditanya mengenai perkembangan semasa.
Menceritakan dengan lebih lanjut, wanita ini berkata kereta pada awalnya menghadapi masalah bateri menyebabkan dia meninggalkannya di bengkel tersebut pada PKP tahun lalu.
Alang-alang kereta dah ada di bengkel, wanita ini meminta keretanya diubahsuai kepada ‘Evo’ dan bayaran secara ansuran sebanyak RM12,000 telah dibuat.
Mendapat perhatian ramai, perkongsian wanita ini sehingga kini meraih sehingga 700,000 tontonan. Rata-rata meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa dirinya.
Tidak lama selepas video viral, mekanik bengkel dipercayai telah menghubunginya dan berjanji kereta akan siap pada hari Sabtu.
Kata mekanik itu lagi, semasa wanita ini menerjah bengkel kereta, enjin belum dipasang kerana terdapat perubahan. Walau bagaimanapun, dia berjanji kereta akan siap sepenuhnya dalam tempoh seminggu.
Apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan kakak ni. Kesian juga tengok kereta kesayangan tiba-tiba macam itu kan?
Kredit: TikTok @ain_jeman
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.