Macam-macam hal! Seorang lelaki yang merupakan penjawat awam di Sungai Petani telah dituduh mengintai wanita dalam sebuah tandas di stesen minyak. Tapi, suspek kata dia tak buat pun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pihaknya telah pun mendapat laporan dari wanita yang kononnya menjadi mangsa intaian lelaki tersebut. Namun, suspek telah datang sendiri ke balai polis untuk buat penafian.
Kata suspek, dia hanya pergi ke tandas perempuan untuk buang air kerana toilet lelaki telah dikunci. Tambah-tambah pula perut memang tengah meragam, jadi dah tak ada pilihan lain lah. Bagaimanapun, pihak polis mendapati keterangan yang diberi meragukan lalu menahan suspek.
Berdasarkan siasatan, suspek tak ada sebarang rekod jenayah lampau. Bila buat saringan air kencing pun, suspek bebas dari pengaruh dadah. Tapi bagi bantu siasatan, suspek tetap ditahan reman selama dua hari. Kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
Hm, kalau ikutkan, ada logiknya alasan yang suspek beri sebab sekarang pun toilet di stesen minyak selalu sangat berkunci. Kena pergi kaunter pula untuk minta bukakan. Habis kalau dah tak tahan sangat, nak tak nak kenalah buat keputusan drastik, kan? Takpelah bang, kalau betul abang tak salah, nanti polis akan bebaskan ya. Anggaplah ini sebagai satu ujian.
Kredit: Utusan Malaysia
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media