Trending

Lelaki Lemas Kerana Terlalu Penat Bantu Mangsa Banjir Berpindah Ditemui

Published on

Lagi berita yang menyedihkan apabila seorang lelaki yang giat membantu mangsa banjir untuk berpindah ke tempat yang selamat telah lemas kerana terlalu penat.

Kejadian yang berlaku di Kampung Manjor, Kuala Krai itu mendapati mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Hakimin Rahim, 20 telah lemas selepas terjatuh dari perahu ketika menghantar mangsa ke pusat pemindahan sementara.

Hasil siasatan, mangsa terjatuh kerana tiba-tiba pengsan ketika sedang mendayung perahu dalam keadaan penat dan mengalami kekejangan otot kerana cuaca sejuk.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dan ditamatkan pada jam 12.31 pagi tadi berikutan keadaan gelap selain hujan dan air mula menaiki beberapa kawasan rendah.

Bagaimanapun ketika pihak kami bersiap untuk menyambung operasi SAR mangsa pada pagi ini namun dimaklumkan mangsa sudah dijumpai oleh ahli keluarganya. – Kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin

Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga mangsa ditempatkan bersama orang beriman. Berhati-hati semua, jika rasa teragak-agak lebih baik elak berada di kawasan banjir.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Exit mobile version