Trending

Lelaki Lekatkan Telefon Di Kaki, Disyaki ‘Skodeng’ Pelanggan Di Pasar

Published on

Pasar basah mahupun pasar kering merupakan tempat yang dikunjung untuk membeli barangan keperluan seperti ayam, daging, sayur-sayuran dan sebagainya. Namun, dalam sedar tak sedar, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab mengekori kita dari belakang.

BACA: Lelaki Derita Cincin Tersangkut Di Kemaluan, Kena Minta Tolong Bomba

‘Lekat’ telefon bimbit di kaki

@majoritiofficial Yang perempuan hati-hati ya. Risau juga mana tahu kan.. #serikembangan #pasartani #ikat #handphone ♬ Ah ah ah – kriptozavr

Baru-baru ini tular satu video yang dimuat naik @majoritiofficial di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki melekatkan telefon bimbit pada kakinya di Pasar Tani Seri Kembangan.

Lelaki tersebut disyaki berbuat demikian adalah untuk mengekori serta merakam pelanggan wanita yang berkunjung ke pasar berkenaan.

Bahaya buat kaum wanita

Perkongsian video itu mendapat perhatian netizen yang bimbang akan keselamatan wanita yang berkunjung ke pasar berkenaan.

Haihh macam-macam cara dibuat untuk melepaskan nafsu sekarang ni. Diharapkan agar semua sentiasa berhati-hati ya.

Kredit: TikTok majoritiofficial

+ Baca respon pembaca di Faceboook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version