Sebelum ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Asrul memaparkan seorang kanak-kanak yang ditemui di dalam semak selepas hilang di kawasan Perumahan D’Sri Gayang, Tuaran, Sabah.
Difahamkan, kanak-kanak bernama Saiful Ihsan Zahari itu tiba-tiba hilang tanpa disedari oleh ahli keluarganya yang terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Selepas hampir 4 jam operasi dijalankan, akhirnya kanak-kanak berusia 7 tahun itu berjaya ditemukan dalam keadaan ketawa riang.
Susulan video itu tular, rata-rata netizen telah mendakwa bahawa kanak-kanak itu telah terkena gangguan bunian.
Mungkin dia hilang tu ada yang menjaga dia lepastu ceriakan dia – netizen.
Dia tengah seronok bermain dengan kawan-kawan dekat alam sana tu kena bawak dia berubat sebab jasad dah jumpa tapi roh masih dekat sana.- Tulis seorang pengguna TikTok.
Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Amir Nazrin tampil menjelaskan situasi sebenar dan menerangkan bahawa reaksi ketawa yang diberikan itu adalah normal bagi kanak-kanak autism.
Jelasnya, kanak-kanak autism sering menunjukkan reaksi yang tidak sepadan dengan situasi kerana mereka tidak memahami apa sebenarnya yang berlaku kepada diri mereka.
Dan sangat-sangat common juga mereka tak faham konsep bahaya. Tak tahu takut.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.