Trending

Lelaki Ditahan Kerana Cuba Larikan Anak Anjing Bernilai RM168,000

Published on

Seorang lelaki telah berjaya ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA 9) semasa melarikan diri bersama 21 ekor anak anjing di Taman Permai, Gual Nering, pada khamis pagi.

BACA: (Video) Anak Anjing Bermata Satu, Lelaki Teruja Dan Percaya Akan Membawa Tuah


Menurut Sinar Harian, Superintendan Nor Azizan Yusof menjelaskan bahawa pihak mereka melihat sebuah kereta yang mencurigakan semasa membuat rondaan dan pemantauan pada jam 6.30 pagi di Pengkalan Haram Kubang Rambutan.

Sembilan unit sangkar dan 21 ekor anak anjing

Foto: Sinar Harian
Foto: Sinar Harian


Menurut Nor Azizan, semasa pegawai dan anggota cuba untuk menahan kenderaan yang mencurigakan itu, pemandu tidak memberi kerjasama dan terus memecut lari menuju ke Pasir Mas.

Pegawai dan anggota terus mengekori kenderaan berkenaan dan pemandu bertindak mengubah haluan ke jalan menghala ke Taman Permai, Gual Nering dan berjaya ditahan.

Semasa pemandu berjaya ditangkap, di dalam kenderaannya terdapat sembilan unit sangkar dan 21 ekor anak anjing yang diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan. Nilai 21 ekor anjing tersebut dipercayai sebanyak RM168,000.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version