Seorang lelaki dipercayai telah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) didenda RM2,500 atau penjara selama sebulan oleh Mahkamah Sesyen. Apa kes ni?
BACA : Lana Nodin Belanja Video Tiba AS Tanpa Vaksin Khas Untuk Mereka Hina Dirinya
Menurut laporan Harian Metro, lelaki tersebut telah membuat dan memulakan komunikasi jelik kepada PDRM menerusi akaun Facebook miliknya pada 9 Mac lalu. Kemudian, hantarannya itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju.
Tertuduh Mengaku Bersalah
Walaubagaimanapun, lelaki yang menggunakan profil ‘Ahmad Mumun’ itu mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Jangan sesekali jadi ‘keyboard warrior’. Kan tak pasal-pasal dah kena. Apapun, harap korang semua berhati-hati ketika melakukan apa-apa sahaja di media sosial.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.