Semalam, gempar apabila seorang lelaki yang tidak berpakaian seperti jelmaan ‘orang minyak’ berkeliaran sekitar Shah Alam.
Sinar Harian melaporkan bahawa lelaki yang berbogel tersebut bertindak melakukan jenayah pecah masuk rumah di sekitar Seksyen 20, Shah Alam.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang wanita sedang tidur bersama anak perempuannya di ruang tamu.
Mangsa dikatakan terus menjerit selepas menyedari akan kehadiran lelaki itu.
Suami mangsa yang tersedar bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada isterinya, namun mendapati suspek sudah tiada. Mangsa mengalami kerugian apabila kehilangan wang tunai RM1,600 hasil wang perniagaan dilarikan suspek
Ketika ini usaha untuk memburu suspek sedang giat dijalankan pihak polis.
Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Mohd Shafarulrazi di talian 010-8889910 atau 03-55202222
Situasi sama dialami pengguna Twitter
Alert semua warga Shah Alam Seksyen 19…CCTV jiran baru trace ada org minyak lalu belakang rumah jalan Layar 19/35 pic.twitter.com/W0AqgUmHAf