Fuhh! Lain macam tu hangat politik tahun ni. Berkenaan dengan apa yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan yang tidak akan ada apa-apa yang akan tumbang atau jatuh.
Adakah dakwaan Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti 2/3 sebagai Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen sebentar tadi hanya cakap kosong? Anwar juga menyatakan yang dia akan menghadap Yang di Pertuan Agong di Istana sebaik sahaja baginda sihat.