Seorang influencer yang terkenal dengan content parodi iaitu DD Chronicle sekali lagi mengundang kontroversi selepas memuat naik video didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.
DD atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e bagaimanapun sudah meminta maaf dan memadam video selepas teruk dihentam.
Tetap lapor polis
Terbaru, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) iaitu Mohd Hasbie Muda akan meneruskan dengan tindakan laporan polis walaupun influencer itu sudah meminta maaf.
Permohonan maaf diterima. Tetapi laporan polis tetap diteruskan.
Selain Amanah, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) dikatakan akan membuat laporan polis secara serentak pada jam 3 petang Jumaat ini di seluruh Malaysia.
Bagi Dd Chronicle pula, dia bersikap terbuka jika ada tindakan yang akan diambil terhadapnya. Tetapi dia berharap laporan yang dibuat di atas dasar menjaga agama dan perlembagaan, bukannya kerana musuh politik.
Uish, inilah yang dikatakan terlajak perahu boleh diundur, tetapi terlajak kata buruk padahnya kan?