Trending

Cucuk Rapat Masa Bayar Tol, Tindakan Owner Dashcam ‘Ajar’ Kereta Belakang Buat Netizen Puas Hati

Published on

Di media sosial, viral satu rakaman video memaparkan sebuah kereta ‘cucuk’ rapat kereta hadapan semasa nak melalui palang tol.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah tindakan pemilik dashcam yang langsung tak bagi peluang kepada pemandu kereta belakang tu.

Sampai je di palang tol, pemilik dashcam dilihat cuba melengah-lengahkan perjalanan sebelum memecut laju ketika pemandu belakang membuka pintu untuk turun.

Meninjau kepada reaksi netizen di media sosial, rata-rata daripada mereka berpuas hati melihat cara pemilik dashcam ‘ajar’ kereta belakang.

Dah masuk 2023 ni harap tak ada lah yang berperangai macam ni kan?

Kredit: muhdsazwan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version