Wanita yang pernah mencetuskan kontroversi, Kak Long sekali lagi menjadi bualan ramai apabila muncul bersama penyanyi Baby Shima dan usahawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri.
Netizen mempersoalkan motif aksi tersebut dibuat dan mengapa Kak Long sanggup diperlakukan seperti seekor lembu.
Susulan perkara itu, Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura, tampil memberi penjelasan tentang video berkenaan di Facebook miliknya apabila banyak tohmahan dilemparkan.
Menurut wanita itu, dia mengaku bahawa tidak dibayar untuk beraksi seperti berikut dan segalanya atas kehendak dirinya sendiri.
Kepada netizen-netizen yang berkata buruk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun. Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri.
Kak Long juga berharap agar pihak di luar sana supaya berhenti memburukkan nama Aliff Syukri dan Baby Shima serta berhenti bersangka buruk kepadanya.