Sebelum ini Atielia De Sams telah menitipkan ucapan tahniah atas perkahwinan baru bekas suami yang juga bekas pakar pelaburan saham Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan bersama isteri barunya, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari.
Terbaru! Menerusi Facebook milik Atielia, dia mengatakan yang selama ini dia berdiam diri dan akan dedahkan semuanya di mahkamah.
Dua hari lepas, Atielia ada memuat naik satu status yang telah menimbulkan persoalan kepada ramai pihak mengenai perkahwinan pakar pelaburan saham itu.
Atielia seperti mempersoalkan bagaimana perkahwinan tersebut dapat diteruskan sedangkan sijil cerai masih lagi belum dikeluarkan pihak mahkamah.
Apa pandangan korang? Semoga semuanya dipermudahkan lah ya.