Trending

Jururawat Disahkan Positif ‘Pergi’ Selepas Melahirkan Bayi 26 Minggu

Published on

Seorang jururawat yang juga baru melahirkan seorang anak meninggal dunia akibat wabak yang melanda pada 3.02 pagi semalam di Hospital Sultan Petra, Kuala Krai.

Menurut laporan Harian Metro, Allahyarhamah yang baru saja berumur 34 tahun itu menanti anak sulungnya sejak 10 tahun lalu. Allahu, kesiannya. 

Wanita berkenaan terpaksa melahirkan zuriat yang baru saja berusia 26 minggu dalam kandungan secara pembedahan selepas dijangkiti wabak dan berada di kategori lima. Jururawat itu disahkan positif dan dipercayai dijangkiti daripada pesakitnya.

Kini bayi berkenaan ditempatkan di unit rawatan insentif neonatal (NICU) untuk rawatan lanjut. Semalam, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin mengesahkan jururawat itu meninggal dunia akibat wabak yang melanda.

Allahyarhamah adalah jururawat di Hospital Gua Musang dan dikatakan seorang petugas yang berdedikasi itu telah dikebumikan di Kampung Lembaga, dekat Gua Musang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version