Di TikTok, viral satu rakaman video memaparkan isteri menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita dalam sebuah bilik.
BACA: “Ni Baru 1% Bukti” – Isteri Tangkap Suami Tengah Sedap ‘Projek’ Di Hotel
Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu sehingga kini telah meraih lebih 3 juta tontonan. Dalam video kedengaran si isteri mempersoalkan adakah pelakor tak tahu lelaki tu dah kahwin dan ada anak. Isteri turut bertanya kenapa suami tak pakai cincin kahwin mereka. Ni kes mengaku bujang ke?
Di ruangan komen, ada tak percaya dengan rakaman itu dan mendakwa hanyalah untuk content semata-mata. Iyalah, zaman sekarang ni macam-macam hal semata-mata untuk views kan?
Menafikan dakwaan itu, satu lagi rakaman video dimuat naik memperlihatkan si isteri marah-marah dan tak percaya suami sanggup curang di belakangnya.
Malah, kedatangan si isteri tak berseorangan apabila kelihatan kelibat anggota penguatkuasa di bilik itu.
Suaminya meminta isteri bertenang dan dia akan selesaikan kes di balai. Pelakor pula sempat mengemas dan betulkan dandanan rambut serta solekan di cermin.
Kredit: TikTok @triple88888
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.