Oh! Artis

Isteri Hafidz Roshdi Tak Lagi Terkongkong Dengan Suami, Tak Menangis Kena Talak

Published on

Isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada dilaporkan sudah diceraikan talak satu menerusi telefon bersaksikan ahli keluarga masing-masing.

Memetik laporan mStar, khabar duka itu disahkan sendiri oleh adik Shuhada dikenali sebagai Sofia.

Isteri Hafidz Roshdi tenang hadapi perpisahan

Tambah Sofia lagi, kakaknya dalam keadaan stabil dan menerima perpisahan dengan hati yang terbuka. Dia dilihat kuat dan tak menunjukkan sedih atau menangis.

Terdahulu, nama Hafidz Roshdi hangat diperkatakan apabila dikatakan curang dengan seorang wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

BACA: Beriya Nafi Tapi Isteri Sendiri Bongkar Kes Curang, Hafidz Roshdi Rilek Baca Komen

Konflik rumah tangga mereka menemui penyelesaian walaupun berakhir dengan perpisahan.

Shuhada tak lagi terkongkong

Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja.

Perkara ini melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tak boleh diselamatkan lagi.

Jelas Sofia, kakaknya dan abang ipar dah berbincang dan bercerai adalah keputusan terbaik. Semoga kebahagiaan milik Shuhada dan anak-anak.

Sebagai rekod, pelakon Hafidz Roshdi bernikah dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata dikenali sebagai Humairah dan Umar.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version