Kecoh di media sosial mengenai seorang guru wanita di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang kantoi bercinta dengan pelajar lelaki berusia 17 tahun walaupun sudah mempunyai suami dan 5 orang anak.
Pendedahahan itu telah dimuat naik oleh kakak kepada pelajar lelaki berkenaan di platform X tetapi sudah dipadam atas nasihat peguam keluarganya.
Walau bagaimanapun, seorang individu ada memuat naik satu hantaran di Facebook menunjukkan segala pendedahan yang dibuat kakak kepada pelajar lelaki itu yang digabungkan dalam satu video.
Kalau korang tengok video itu ada mengandungi rakaman ketika guru dan pelajar itu sedang duduk berduaan di tepi pantai.
Bukan tu jer, ada juga beberapa screenshot perbualan guru dan pelajar itu menerusi aplikasi Whatsapp yang dimuat naik kakak kepada pelajar itu sebelum ini.
Apapun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan kedua-duanya insaf dari melakukan perkara sebegitu lagi.