Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter rasminya pagi tadi mengesahkan perkara ini dan berterima kasih atas aduan yang telah dibuat.
student matrikulasi perak kene kurung for the whole semester but end up kkm masuk cafe pergi kompaun RM1.5k dekat student… KEPALA HOTAK DIA @KKMPutrajaya kitorang punya elaun pun 6 bulan RM1250 jeh hanat… pic.twitter.com/XILpBnGQe2
Pihak KKM akan ambil tindakan secepat mungkin tentang perkara ini dan siasatan segera sedang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
Sebelum ini, tular di media sosial tentang seorang pelajar telah dikenakan kompaun RM1,500 oleh petugas KKM kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan kolej.
Tindakan tersebut dianggap sebagai tanpa budi bicara sedangkan pelajar disitu sudah lima bulan berada di sana dan tidak dibenarkan keluar dari kolej berkenaan.