Seorang Youtuber dan Influencer mengundang kritikan ramai gara-gara memuntahkan kembali air kopi yang dibelinya daripada sebuah restoran kopi popular.
BACA: Influencer Instagram Teruk Dikecam Netizen Selepas Bergaya Depan Keranda Mendiang Bapa
Difahamkan, wanita berkenaan mencuba ‘air Sally’ yang sedang trending di aplikasi Tik Tok. Namun, reaksinya yang dianggap keterlaluan dan tidak menghormati makanan telah membuatkan netizen kurang senang.
Setakat ini, perkongsian itu telah meraih hampir 3 juta tontonan di Tik Tok. Rata-rata meninggalkan komen menasihati wanita ini agar berkelakuan lebih senonoh lebih-lebih lagi apabila berdepan rezeki.
Difahamkan, resepi minuman berasaskan Iced Vanilla Latte ini menjadi sebutan selepas seorang Tik Tok Creator dikenali sebagai Sally membuat review mengenainya.
Pengikut Tik Tok yang mahu mencuba sendiri kesedapan air itu membuat pesanan di restoran sehingga tular.
Kredit: Tik Tok @nrhwz86 | Twitter
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.