Datin Patimah Ismail iaitu ibu mentua kepada Puteri Sarah telah memuat naik satu foto Sarah bersama dengan anak-anaknya berserta luahan hati.
Menerusi hantaran Patimah di akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan bahawa dia tidak akan berasa tenang jika menantu dan cucu-cucu kesayangannya tidak hidup bahagia.
Selagi hidupmu tidak bahagia, selagi itu hidupku tidak akan tenang.
Ya Allah bahagiakanlah mereka.
Sebelum ini, Patimah bakal menjadi saksi dan pencelah berkenaan konflik rumah tangga nak sulungnya, Syamsul Yusof.