Trending

Ibu Lapor Anak Dirogol, 8 Lelaki Ditahan Polis

Published on

Terdapat satu kejadian dimana seorang pelajar perempuan disyaki telah dirogol lapan lelaki baru-baru ini. Allahu..

Menurut laporan Kosmo, polis telahpun menahan lapan lelaki dan seorang wanita selepas ibu kepada mangsa membuat laporan polis dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah.

Siasatan awal mendapati, pada 17 September lalu antara pukul 12.30 tengah malam sehingga 5 pagi, mangsa dibawa oleh rakan perempuannya ke sebuah rumah di sekitar daerah ini sebelum mangsa dirogol lapan lelaki itu.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota berjaya menahan lapan lelaki dan rakan wanita mangsa pada 25 September.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version