Penggunaan essential oil dalam kalangan rakyat Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Ramai yang mula menyedari kepentingan minyak pati ini untuk kesihatan diri termasuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.
Namun, penggunaan essential oil kepada kanak-kanak didakwa telah mengganggu hormon tumbesaran yang sepatutnya. Seperti kisah yang dikongsi di Twitter ini, seorang individu mendedahkan anak kepada rakannya yang baru berusia 6 tahun sudah mula mengalami pembentukan payudara.
Ibu kepada kanak-kanak itu telah mendapatkan rawatan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi anak. Menurut doktor, kanak-kanak perempuan pada usia itu tidak sepatutnya menunjukkan perubahan ke arah akil baligh.
Guna essential oil dah dua tahun
Semasa pemeriksaan doktor bertanyakan sejarah kesihatan keluarga termasuk adik beradik yang lain. Paling tidak disangka doktor bertanya mengenai penggunakan essential oil di rumah. Dan dia secara terus terang mengakui menggunakan essential oil selama dua tahun.
Katanya, doktor memaklumkan essential oil sebenarnya tidak baik untuk kanak-kanak dan bayi. Ini kerana sesetengah minyak mengandungi pewangi dan bau-bauan yang akan meningkatkan hormon estrogen di dalam badan. Disebabkan itu, hormon tumbesaran anak terganggu menyebabkan dia mengalami pembentukan payudara seawal 6 tahun.
Untuk pemeriksaan lanjut, doktor telah mengambil sampel darah anak dan melakukan imbasan x-ray tulang. Selain itu, kanak-kanak itu perlu menjalani beberapa lagi ujian untuk mengenal pasti punca utama paras estrogen di dalam badan meningkat.
Perkongsian penuh
Okay disclaimer: what you’re about to read is not to finger point at any specific brand(s). Berlapang dada & awal-awal aku cakap, anyone can agree to disagree. She just asked me to spread this awareness. Masalahnya: (seperti dalam screenshot) pic.twitter.com/YSjYlT23p5
Katanya, penggunaanminyak pati untuk orang dewasa adalah digalakkan kerana terdapat pelbagai kebaikan untuk kesihatan diri. Namun, dinasihatkan agar mula memasangnya tanpa kehadiran anak-anak. Dia juga menasihati orang ramai untuk memastikan pengudaraan bilik dalam keadaan baik.