Timbalan Menteri Perpaduan Negara YB Senator Wan Ahmad Fayhsal baru-baru ini telah menerima kunjungan daripada seorang influencer TikTok yang dikenali sebagai Haqiem Stopa.
Pertemuan itu dimuat naik Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu hantaran di Instagram. Netizen bagaimanapun memberi reaksi kurang senang apabila YB menggelarkan TikTokers itu sebagai ikon permotoran anak muda.
‘Malah, beliau menyatakan rasa kagum dengan semangat dan keikhlasan Haqiem yang ingin menggunakan popularitinya untuk menyatupadukan belia di negara ini.
Ikon Permotoran Anak Muda Katanya. Pernah Main Cub Prix Dengan Moto GP Tak?
Hafizh Syahrin Ikon permotoran ok ini memang bagus! terbukti dan patut gelarkan Ikon ,
Tapi haqiem Stopa nak digelarkan Ikon permotoran anak muda ini sampah sial , kau dah merosakan nama budak2 motor plus kau terpaling idola lancau , yb pon yang pelik2 la kau! pic.twitter.com/UHqX4VygRu
Netizen rata-rata tidak bersetuju dengan jolokan ikon permotoran anak muda yang ditujukan kepada influencer itu. Walaupun memiliki jumlah pengikut lebih 700,000 di TikTok, mereka beranggapan itu tidak menjadikan dia layak diangkat sebegitu.