Usahawan, El Azman akan berikan ganjaran sebanyak RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai si pelaku yang melakukan khianat dengan membakar warehouse Elrah. Banyak tu..
Menerusi satu video di Tiktok, El Azman berkongsi detik dimana kebakaran warehouse Elrah berlaku menerusi rakaman litar tertutup (CCTV).
Saya nak bagi RM100,000 kepada sesiapa yang dapat jumpa pelaku yang cuba membakar warehouse Elrah saya.
Usahawan itu juga berasa sungguh terkilan kerana ada pihak yang sanggup berbuat demikian dan secara tak langsung memusnahkan punca rezeki ejen dibawahnya.
Di sini ada beribu harapan orang! Di sini orang mencari punca rezeki, di sini ramai orang dapat manfaat.
Kenapa dia tergamak cuba membakar dan menghancurkan harapan dan cita-cita agent Elrah? Tergamak sungguh!
Semoga si pelaku dapat dijumpai dengan segera. Punca rezeki ramai tu.